Please wait while JT SlideShow is loading images...
JT SlideShow Module v1.5.1

Kategori-kategori lain

  • Daddy & Dunia IT
    Artikel berkaitan IT, gadget, web design, dan yang berkaitan komputer. Full Story
  • Kata Daddy tentang filem
    Komen Daddy tentang filem, drama dan yang seangkatan dengannya. Full Story
  • Pasal artis & dunia hiburan
    Lagu, lirik dan apa-apa cerita berkaitan artis serta dunia hiburan. Full Story
  • MYMODE MYeCASH
    Kongsi pengalaman tentang selok belok perniagaan MYMODE. Full Story
  • Daddy nak bagitahu
    Benda yang Daddy nak bagitahu kat orang ramai suruh baca. Full Story
  • e-Novel Aku, Dia dan Sepasang Kasut Converse
    eNovel busuk yang berjudul 'Aku Dia dan Sepasang Kasut Converse. Full Story

Moral atau Duit?

Share

Apabila budaya materialism yang telah berpuluh tahun diterapkan oleh barat menjadi terlalu tebal dalam diri kadang-kadang kita jadi tak tahu mana yang lebih penting dan perlu diutamakan.

Ingat lagi aku ketika kerajaan mengharamkan syarikat rokok membuat sebarang bentuk penajaan baik sukan mahupun hiburan. Namun baru-baru ini timbul kembali apabila masalah kewangan yang meruncing terutama dalam pengurusan sukan negara untuk membenarkan semula penajaan Dunhill misalnya atas alasan syarikat berkenaan bukan sahaja mengeluarkan rokok, tetapi turut memasarkan beberapa barangan lain seperti pakaian dan sebagainya.

Sekarang ni timbul pula masalah saman ekor.

"Hapus Saman Ekor - Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan menyenaraihitam pemilik kenderaan untuk perbaharui cukai jalan seolah-olah menolak rezeki kepada pendapatan negara"

Membaca kepala berita tersebut di akhbar kadang-kala membuatkan aku terlupa seketika alasan asal Saman Ekor dilaksanakan. Salah sebab wujudnya Saman Ekor, salah JPJ menyenaraihitamkan pemilik kenderaan, atau kepentingan pengutipan duit cukai? Seriously aku tak nampak perkaitan antara ketiga-tiga perkara diatas.

Kenapa masalah ni timbul? Sebab terkena kat batang hidung sendiri. Tunggakan saman ekor bagi kenderaan kerajaan Negeri Kedah sebanyak RM390,000. Arituh baru jer tukar kereta baru (Toyota Camry) bagi mengantikan kereta Proton Perdana yang sedia ada yang katanya 'selalu rosak'. Sekali tak boleh nak didaftarkan pulak kerana tungakan saman yang sedia ada. Pakatan Rakyat (PR) salahkan BN sebab katanya tungakan tu berlaku sejak pemerintahan BN. Well.. aku ni malas nak ulas bab siapa yang salah ni. Sebab pada aku dua-dua sama je. Dua-dua sangat pandai dalam membazirkan wang rakyat dalam cara mereka yang tersendiri.

Tiba-tiba Saman Ekor menjadi isu yang sangat hangat. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggesa agar pelaksanaan saman ekor yang hanya membebankan pemilik kenderaan termasuk pengusaha bas serta teksi segera dihapuskan, PAS lancar Kempen Antisaman Ekor, dan macam-macam lagi.

Dari pemerhatian aku, perkara pokok dalam isu ini adalah tindakan menyenarai hitam kesalahan saman ekor bercanggah dengan Perkara 13 Perlembagaan yang membenarkan seseorang menggunakan hartanya, jadi jelas tindakan itu melanggar peruntukan Perlembagaan. Atas alasan saman ekor yang dikenakan belum tentu atas kesalahan pemilik kenderaan kerana ia mungkin pihak lain yang membawa kenderaan tersebut. Jika ini alasan utamanya, maka perlu cari jalan penyelesaian untuk masalah ini. Bukan dengan mengemukakan alasan-alasan bodoh seperti 'menolak rezeki kepada pendapatan negara', atau 'untuk meringankan beban pengusaha bas dan teksi', dan sebagainya.

Well.. bila kata 'hapuskan Saman Ekor' siapa yang tak suka? Tayar yang problem, terus dengan sportrim-sportrim sekali tukar. Aku pun suka. At lease aku tak perlu risau setiap kali tekan pedal minyak lebih dari speed limit lebuh raya. Tapi adakah penghapusan Saman Ekor akan menyelesaikan masalah? Bagaimana pula kisahnya dengan masalah asal yang menyebabkan Saman Ekor dilaksanakan satu masa dulu? Cuma aku rasa tak payahlah jadikan isu-isu begini sebagai satu wadah perjuangan politik yang kononnya untuk kepentingan rakyat bagi meraih sokongan. Sebab selagi korang takde solution untuk masalah ni, dengan menghapuskan saman ekor sahaja aku yakin akan timbul pula masalah-masalah lain.

 

Sekolah Murid Mengandung - Idea bernas si bijak pandai

Share

Kebelakangan ini banyak sangat idea-idea yang 'sangat bernas' keluar dari kepala hotak si bijak pandai yang jadi harapan kita untuk bergantung.Lepas satu, satu.

Dan idea-idea ini bukanlah datang dari sembarangan orang. Datangnya dari pemimpin-pemimpin yang dilantik untuk memimpin kita ke arah Malaysia yang lebih bagus untuk didiami.

Tak sia-sia ada pemimpin macam ni!

Now for sure that we will got a better place to live~!

Read more: Sekolah Murid Mengandung - Idea bernas si bijak pandai

   

Memancing di Chalet Terapung Teluk Bayu

Share

Short description on Teluk Bayu Floating Chalet: Chalet Terapung Teluk Bayu terletak di muara sungai di Sungai Merbok Kedah, berdekatan dengan Kampung Batu Lintang. Ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk semua orang yang ingin memiliki pengalaman yang unik untuk bercuti dan pergi dari hiruk-pikuk kehidupan bandar.

Ia juga dikenali untuk menjadi pilihan utama bagi pemancing dengan memberikan pemandangan dan pengalaman tinggal di rumah bot. Chalet yang disediakan dilengkapi dengan kemudahan moden seperti tandas, bilik mandi, peralatan memasak, dapur BBQ dan bilik tidur beraircond.

Read more: Memancing di Chalet Terapung Teluk Bayu

   

Dragon family new members

Share

Congrat to my lil' sister and her husband (Teh & Azri) for their newborn baby girl.

Date of birth: 18 July 2010

Place og Birth: Hospital Sungai Buluh.

Gender: Girl

Weight: 2.95kg

Name: Err.. apa ek? Buntat? Nur Qaisara Batrisya bt Mohamad Hazri

This a few picture to let you all know how cute she is.

Read more: Dragon family new members

   

Page 1 of 89

RxLite - Tukar LEMAK jadi DUIT

Daddy's wish lists

  • Electric Guitars & Amplifiers
  • 1TB HDD + Logitech® MX 518 Mouse
  • HiSpeed Broadband with at least 10Mbps conection
  • Nokia N8
  • New color for my Kumbang Gajah
  • Toshiba mini NB305-N410
  • Ready made Garden Gazebo for my sekangkang kera laman
  • Bedroom Aircondition. Adeh! Panas Ooo nak tido memalam